Inap Tani • Pertanian Nenas • Kesejahteraan Bersama011-3629 4900 Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 4.00 petang (Sabtu & Ahad: Tutup)

Nanas & Produk

Pertanian nanas

Kebun anggota, asas ekosistem koperasi

Pertanian nanas merupakan asas kepada ekosistem Koperasi Sinar Selatan Berhad. Setiap anggota mempunyai kebun masing-masing dan menjalankan aktiviti penanaman serta penjualan hasil secara individu, dengan anggaran keluasan keseluruhan sekitar 500 ekar.

Pada masa ini, pemasaran hasil masih banyak dilaksanakan oleh anggota melalui saluran sedia ada masing-masing. Koperasi sedang merancang untuk meningkatkan peranannya sebagai pusat pengumpulan dan pemasaran hasil anggota, dengan matlamat mendapatkan pasaran baharu yang mempunyai kontrak bertulis, harga lebih stabil dan terma perdagangan yang lebih baik.
Lima varieti
Moris, Josephine, Sarawak, MD2 dan Moris Gajah.
±12,000 pokok seekar
Kapasiti tanaman besar bagi pemasaran berkelompok melalui koperasi.
Penanaman berperingkat
Hasil dituai secara berterusan sepanjang tahun.
Kebun anggota, asas ekosistem koperasi
Produk hiliran nanas

Produk yang sedang dibangunkan

Jus nanas
Minuman nanas daripada hasil kebun anggota.
Cuka nanas
Produk nilai tambah daripada nanas lebihan dan terlalu masak.
Pajeri nanas
Diproses menggunakan teknologi retort hasil latihan bersama MARDI.
Sambal nanas
Produk retort yang dirancang untuk dipasarkan di pusat jualan koperasi.
Inti tart nanas
Inti tart daripada nanas anggota.
Produk retort
Makanan tahan lama dengan teknologi pemprosesan dan pembungkusan retort.
Buah nanas segar
Nanas segar berkualiti pasaran daripada kebun anggota.
Makanan & minuman nanas
Pelbagai produk makanan dan minuman berasaskan nanas, termasuk menu Café Tani.
Kursus dan inkubator

Pemprosesan produk bersama MARDI

Anggota koperasi telah mengikuti kursus berkaitan teknologi pemprosesan makanan, retort dan pembungkusan bersama MARDI Johor Bahru melalui program inkubator. Susulan latihan tersebut, koperasi dan anggota sedang membangunkan produk makanan berasaskan nanas termasuk pajeri nanas dan sambal nanas yang diproses menggunakan teknologi retort.

Sebahagian produk dirancang untuk ditempatkan dan dipasarkan melalui pusat jualan koperasi yang bersebelahan dengan Café Tani. Wakil koperasi juga membuat lawatan teknikal ke MARDI Serdang untuk penanda aras produk F&B berasaskan nanas dan maklumat varieti MD2 serta MS16.
Kemahiran pemprosesan
Peningkatan kemahiran pemprosesan anggota dan pendedahan kepada teknologi retort dan pembungkusan.
Produk bernilai tambah
Asas kepada pembangunan IKS anggota.
Pemprosesan produk bersama MARDI
Cadangan produk flagship

PowerBoost: minuman nanas dalam tin

Mesyuarat ALK dan Mesyuarat Agung Tahunan koperasi telah membincangkan cadangan pembangunan produk minuman berasaskan nanas dalam tin yang dikenali sebagai PowerBoost, sebagai produk utama (flagship product) koperasi dalam pembangunan industri hiliran nanas. Projek ini masih di peringkat pembangunan dan memerlukan kajian lanjut termasuk formulasi, teknologi pemprosesan, pembungkusan, pematuhan keperluan berkaitan serta kajian pasaran sebelum dikomersialkan.
Status
Cadangan pembangunan.

Ekonomi Kitaran Nanas

Salah satu isu yang lama dihadapi pengusaha ialah nanas yang tidak habis dijual melalui sistem konsainan, terlalu masak atau tidak memenuhi spesifikasi pasaran segar. Koperasi melihat keadaan ini sebagai peluang membangunkan Ekonomi Kitaran Nanas, iaitu memaksimumkan penggunaan dan nilai ekonomi hasil serta mengurangkan pembaziran:

  • Nanas berkualiti pasaran → pasaran segar
  • Nanas gred lain → café / F&B
  • Nanas lebihan atau terlalu masak yang masih sesuai diproses → produk hiliran

Rujukan produk dan inovasi nanas

ANAQUIN ialah rangkaian produk penjagaan kulit dan kesihatan berasaskan nanas yang dibangunkan melalui penyelidikan UTM. Ia dicatatkan sebagai rujukan sejarah jaringan dan inovasi yang berkait dengan program terdahulu, dan bukan produk semasa Koperasi Sinar Selatan Berhad.

Perlukan bekalan nanas atau produk hiliran?
Hubungi kami untuk pertanyaan bekalan, harga dan kerjasama pemasaran.