Koperasi ingin bekerjasama dengan GiatMara supaya pelajarnya dapat menjalani praktikal simulasi perniagaan di premis koperasi: mempelajari, menyediakan dan membentangkan rancangan perniagaan serta merasai keadaan sebenar dunia perniagaan, dengan pemantauan anggota koperasi.
Café akan dipromosikan melalui Facebook, Instagram, TikTok dan WhatsApp Business, dengan promosi pembukaan, pakej khas keluarga, pelajar, kakitangan pejabat dan anggota koperasi, serta hari jualan usahawan, karnival dan bazar. Koperasi turut menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), MARA dan agensi pembangunan usahawan, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan dan syarikat swasta, termasuk untuk penyediaan katering.